DEFINISI
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan
kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya
perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan
memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan
ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya
menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.
JENIS BAHAN PENCEMAR
JENIS PENCEMARAN UDARA
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).
PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.
KESAN PENCEMARAN UDARA
Kesan Terhadap Manusia
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.
TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.
PENYUSUTAN LAPISAN OZON
PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir akan berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku.
ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku
* Selamatkan bumi hijau kita ini sebelum apa-apa berlaku. ;)

No comments:
Post a Comment