Pencemaran bunyi ialah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki dan
meyebabkan kacau ganggu. Pencemaran bunyi adalah sesuatu yang subjektif
di mana seseorang boleh menganggap bunyi itu sebagai kurang
menyenangkan manakala bagi bagi orang lain adalah sebaliknya. Oleh itu,
sama ada sesuatu bunyi itu adalah pencemaran bergantung kepada
kuantiti bunyi, kualiti bunyi, dan sikap penerima bunyi berkenaan. Walau
bagaimanapun, bunyi yang melebihi 75 dB dianggap sebagai pencemaran.
KLASIFIKASI BUNYI
pencemaran bunyi dapat diklafikasikan kpd beberapa jenis iaitu
kebisingan selenjar, kebisingan fluktasi, hentakan impuls &
kebisingan selang-seli.
kebisingan selenjar merupakan kebisingan yg selar dan kurang drpd
3dB. ini berlaku apabila seseorang berbisik kerana gelombang bunyi
bergetar dgn lebih perlahan. manakala kebisingan fluktasi pula adalah
kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yg lebih tinggi &
rendah. pada tahap ini, getaran gelombang bunyi akan bergetar lebih
cepat drpd kebisingan selejar. getaran gelombang adalah sekitar 3dB
sahaja. seterusnya, hentakan impuls.hentakan impuls merupakan bunyi yang
lebih intensiti dlm tempoh yang singkat.contohya tembakan, ketukan atau
lagaan drpd benda keras. lazimnya, tahap getaran gelombnag ini akan
memuncak &menurun dengan lebih cepat.pada tahap ini juga, intensiti
bunyi ialah melebihi 80dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. akan
tetapi intensiti ini masih menunjukkan tahap bunyi yang tinggi kerana
bunyi yg kuat memberi kesan yang lama terhadap geteran. jenis terakhir
pencemaran bunyi ialah kebisingan selang-seli. kebisingan ini berlaku
secara selang seli. ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi
perlahan & kuat dalam jangka masa pendek. contohnya: ketika
seseorang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu
bergerak & getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu
diberhentikan.
PUNCA PENCEMARAN
antara punca-punca pencemaran ialah :
a. bunyi kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan lain-lain yang banyak menyumbang ke
arah pencemaran ini.
b. pembangunan kawasan industri mengeluarkan bunyi melalui pemprosesan material, jentera, kenderaan,
aktivi pembuatan akan menjejaskan ketenteraman kepada orang ramai dan memberi kesan kepada
manusia seprti gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
c. pembinaan kawasan petempatan mengeluarkan bunyi apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam
tanah untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
d.kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batuke lori
turut menjadi punca pencemaran ini.
* Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta
maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pembangunan itu, ramai
tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam
sekitar.



No comments:
Post a Comment